Sabtu, 31 Julai 2010

6. Kes 6

Guru Disiplin telah membawa dua orang murid lelaki yang telah ditangkap sedang menghisap rokok di dalam tandas. Kedua-dua murid itu juga didapati menyimpan sekotak rokok mengandungi 19 batang rokok setiap orang. Berdasarkan rekod merit/demerit (disiplin) kedua-dua orang murid itu pernah ditangkap ketika menghisap rokok dan telah dijatuhi hukuman rotan satu kali.

i.  Apakah hukuman yang sewajarnya kepada kedua-dua murid berkenaan.
ii. Nyatakan usaha-usaha menangani kes merokok di sekolah.