Sabtu, 31 Julai 2010

8. Kes 8

Guru mata pelajaran Kimia telah merampas telefon bimbit daripada seorang murid yang sedang menaip semasa beliau sedang mengajar.Beliau telah menyerahkan telefon tersebut kepada GPK HEM dan membuat aduan tentamg tingkah laku murid berkenaan serta menyatakan rasa marah yang tidak terhingga terhadap murid itu. Berdasarkan rekod merit/demerit, kesalahan yang sama telah dilakukan oleh murid berkenaan sebanyak 6 kali kepada guru berkenaan di samping kesalahan lain sehingga markah demeritnya sudah mencecah tiga ratus markah.Muriditu juga pernah dua kali dirotan berjumlah 2 rotan. Namun, rekod menunjukkan murid berkenaan tidak pernah dirujuk kepada kaunselor dan tiada sebarang makluman kepada ibu bapa.

i.  Bincangkan tindakan anda menguruskan aduan guru subjek berkenaan.
ii. Bincangkan kelemahan dan penambahbikan prosedur pengurusan disiplinmurid berkenaan.